Wednesday, August 5, 2009

- AKTA 15 -

Sepasang kekasih yang sama-sama bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar makan dan dating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Ros ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa...lama- kelamaan topik perbualan mereka sudah semakin romantik dan berunsur memujuk dan merayu...

Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah dan selesa dengan usapan-usapan manja tangan Hamid itu.. Beberapa minit kemudian.. Hamid makin rancak menggerakkan tangannya beberapa inci ke atas menekap dan mengusap perut Rosni...

Rosni masih tidak membantah... . hinggalah akhirnya ketika Hamid menggerakkan tangannya beberapa inci lagi menghampiri buah dadanya..

Rosni berkata dengan sopan... "Abang Hamid.... ingatlah pada AKTA 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu... Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni... walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan abang, Ros"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka beredar dari repian pantai itu untuk pulang... Selepas menghantar Rosni balik, Hamid terus mengambil haluan pulang. Setiba sahaja di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari Akta 15.. lalu dia membaca kandungannya. ..

"Teruskan Usahamu... Jangan Lakukan Separuh Jalan Sahaja"